Mar 27, 2014

Hina

Assalamualaikum akhi ukhti

Manusia 
Manusia amat mudah terpedaya
Manusia amat mudah digoda 
Manusia acapkali terlupa

Terlupa dan melupakan
Melupakan Si Pencipta
Lupa akan nikmat pancaindera
Lupa akan nikmat semuanya

Manusia
Manusia bergaul bebas
Manusia sering terbabas
Manusia sering hanyut dengan arus deras

Solat tiang agama
Namun manusia bersikap sambil lewa
Malah menganggap solat itu tiada 
Seperti tidak pernah diajar sepanjang hidup di dunia

Manusia tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya
Itulah manusia
Amat hina

Kerana apa? 
Kerana manusia tidak pernah mengenal erti seksa
Erti seksa azab yang bakal menimpa
"Kalau manusia dapat rasa betapa seksanya azab api neraka, pasti mereka beribadat 24 jam" 
Menjerit-jerit manusia yang diseksa di dalam neraka
Allahuakbar .. Seksa!  

Ya Allah bukakanlah pintu hatiku, 
Bimbinglah aku ke jalan Mu yang benar,
Bimbinglah, tunjukkanlah,
Peliharalah aku dari godaan syaitan, ya Allah
Jadikanlah aku hambaMu yang solehah

Amin ya rabbal'alamin 



Copied from someone :))